Karangan Dr. Mohd Khalil Nordin

Sunday, October 23, 2011

Posted by Picasa
Posted by Dr. Mohd Khalil Nordin at 4:37 AM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Salam perkenalan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebagai pengarang terlalu banyak teguran dan cadangan yang telah diberikan daripada pembaca buku saya dan secara ikhlasnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala pandangan yang telah diberikan.

Berhubung buku Pasport Rasulullah, pembaca banyak menegur berkenaan kesahihan saya mendapatkan maklumat tentang Sirah yang ada di dalamnya. Sebagai penulis, saya dan sahabatnya telah merujuk lebih puluhan buku, sirah dan kitab sebelum ia dipasarkan/diterbitkan kepada umu. Versi pertama terbitan saya agak banyak kesilapan dan menerima banyak teguran tetapi setelah diperbaiki ia tidak lagi menjadi isu dan kesalahan terutama maklumat yang terkandung.

Buku ini merupakan buka berkaitan sejarah dan keluarga Rasulullah s.a.w dan bukan sebuah kitap untuk kita perdebatkan. Segala sejarah dam sirah diambil daripada kitab dan buku yang muktabar. Buku Kehidupan Rasulullah dan Keluarga adalah rujukan utama selain hadis dan ayat Al-Quran sebagai perbandingan. Hadis daripada Sahih Imam Bukhari dan Muslim adalah salah satu rujukan yang menguatkan lagi fakta yang ada.

Setiap maklumat adalah tepat secara rujukkan berpandukan pandangan ulamak muktabar. Saya hanya menekankan persoalan persembahan dan grafik yang bertujuan ikhlas menarik minat pembaca untuk memperolehi dan mendapat tahu.

Pada asal penerbitan naskah ini saya mengobjektifkan sasaran kepada kanak-kanak untuk memudahkan menghafal dan mengetahui lebih banyak tentang sejarah Nabi Muhammad, tetapi pemintaan daripada orang dewasa melebihi anak-anak memandangkan ramai diantara meareka masih tidak mengetahui sirah sebanar Junjungan Besar Muhammad s.a.w. Tujuan rekabentuk ini adalah memberi daya fikir yang tajam serta daya ingatan terhadap pembaca.

Justeru itu segala pandangan dari pembaca telah kami halusi dan rujuk sedalam-dalamnya daripada para ahli agama serta ustaz bertaraf pengajian Sirah serta ahli hadis. Rata-rata mereka cukup memberi galakkan agar buku ini disebarkan dengan meluas terutama anak-anak.

Sehingga kini lebih 70,000 naskah telah dicetak dan diedarkan hampir seluruh rantau Asia Tenggara. Singapura, Brunei dan Indonesia amat berminat untuk dijadikan bahan bacaan umum untuk anak-anak negara mereka. Kesempatan ini kami juga banyak bertemu alim-alim ulama' dari negara Cina agar dapat diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina dan Inggeris agar dapat memenuhi pasaran di sana.

Saya semakin teruja apabila TV3 sudi menemuramah ke pejabat kami untuk siaran rancangan Al-Hidayah (31 hb Disember 2010) yang lalu. Ramai yang menghubungi kami termasuk beberapa kerajaan negeri untuk dijadikan bahan sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim dan anak-anak Prasekolah. Pertimbangan ini masih saya bincangkan bersama rakan penerbit.

Pengedar utama al-Risalah dan al-Hidayah telah menjadi pengedar utama di seluruh negara dengan jualan RM 29.90 serta ia mendapat sambutan sehingga pembekalannya agak terhad.

Berikut adalah kitab dan buku rujukkan yang dapat disenaraikan di dalam Bloq saya ini:

Al-Quran.
Rasulullah, Inzinkan aku mencintaimu, Said Hawwa
Sejarah Hidup Rasulullah,
Rasulullah Penerang Alam, Pustaka Murni, Indonesia.
Fatimah Azzahra r.h., Pustaka Mukmin, K. Lumpur.
Sahih Bukhari dan Muslim, Kitab Sahih Bukhari Muslim.

Selain daripada itu, saya juga banyak membuat rujukan daripada sahabat-sahabat dan guru-guru pondok untuk mendapatkan pandangan serta maklumat terperinci. Mungkin kesilapan dan kekhilafan yang sedikit di dalam buku ini mendatangkan dosa terhadap diri saya serta pembaca. Adalah lebih baik memberi pandangan yang positif dan bernas untuk saya perbaiki dimasa-masa akan datang.

Saya dengan ini mengucapkan selamat membaca dan kemaafan tidak terhingga banyak kepada pihak pembaca.

Bantulah saya memperbanyakkan usaha ke arah penerbitan buku agama.

Wassalam..

Dr. Mohd Khalil Haji Nordi.

Adakah buku Pasport Rasulullah s.a.w menepati keperluan anda dan anak anda?

Followers

About Me

Dr. Mohd Khalil Nordin
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2011 (4)
    • ▼  October (1)
      • No title
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (3)
    • ►  October (1)
Watermark theme. Powered by Blogger.